Wednesday, May 14, 2008

Pekebun Kecil

Suamiku amat berminat dalam berkebun. Penuh keliling rumahku dengan sayuran yang ditanamnya.Kangkung, Ubi kayu, Lada burung, Keladi, daun sup @ saderi, bendi, kacang botol, daun pudina, pandan, limau purut,ulam raja, tene@petola. pokok tene tengah belajar berbuah ..bunganya lebat cuma tak lekat buah tp dah ada dua biji tene tengah besar .kangkung makin subur hingga sukar nak mengawalnya sekarang. pokok ubi kayu benih tuan rumah makin tinggi. setakat nak makan ulam tak yah beli ke kedai.
Ingat nak ambik pohon kesum dari kampung balik tanam di rumah. senang sikit nak masak asam pedas. teringin jugak tanam pokok pisang biar teduh sikit belakang rumah tue...Mok Sah , mak cik ku di kampung cakap kalau nak tanam pisang, tanam pisang julai berangan buahnya sedap tapi kena selalu alih anak-anak benihnya baru menjadi. kalau nak daun pisang yang banyak tanamlah pisang puta. daunya digunakan untuk buat lapik nasik. tapi sayang buah yangnya yang masak tak sdap dimakan kerana banyak biji. tp buah yang belum masak boleh dibuat acar pisang..Tak rugi kita berbudi pada tanah. selain dapat hasil dapat jugak mengeluarkan peluh.

No comments: