Wednesday, November 10, 2010

Jejak Kasih Koban Kasih

Akhirnya diriku dapat bersua secara maya dengan penulis novel "Korban Kasih" Fatimah saidin.
Penulis membahaskan dirinya sebagai kak fatim dalam blognya. Tak sangka akhirnya diriku tahu serba sedikit latar belakang penulis dan cerita di sebalik tabir penulisan masterpiecenya itu. Rupa-rupanya kak fatim dan adik beradiknya memang meminati bidang pernulisan. Kakaknya ada menulis 3 buah noverl bersama Galeri Ilmu , antaranya Dingin salju Indiana, dan Rumah dikaki Bukit.

Harapnya Kak Fatim akan terus berkarya dan menghasilkan novel terbaru , begitu juga dengan adik beradiknya..

Tahniah keluarga Saidin

Monday, March 8, 2010

Nisbah 9:1

Kita selalu klise dengan ayat-ayat " Lelaki ada sembilan akal, satu nafsu manakala Perempuan satu akal sembilan nafsu".
Kadang2 terpikir rasanya kalau perempuan dikatakan bernafsu shopping, cantik dan sebagainya,
tapi golongan adam tidak berkecuali, ada nafsu untuk berkereta mewah, rumah besar dan isteri cantik.betul..betul..betul...
dari segi manakah maksud nafsu dan akal itu............................??????????


namun Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya " Aku Terima Nikahnya" memberi definisi yang berbeza pada
ungkapan klasik Al-Ghazali. Sepatutnya terjemahan Al-Ghazali adalah
" Lelaki itu sembilan rasional dan satu emosi, perempuan pula sembilan emosi dan satu rasional"

Terjemahan ini lebih kena rasanya dan kerana itulah Islam meletakkan kaum lelaki sebagai pemimpin
dan kaum hawa yang penuh emosi ini sebagai ibu yang melahirkan dan mendidik anak-anak...

kalau nak tahu lebih lanjut lagi .. bacalah buku " Aku Terima Nikahnya" . Penulis berjaya membawa pelbagai isu mengenai kekeluargaan dengan gaya santai
dan memberi motivasi kepada pembacanya.

Tulisan-tulisan beliau juga boleh diikuti di http://saifulislam.com/

Thursday, January 28, 2010

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Tempat jatuh lagi dikenang
Adibah Amin
Dewab bahasa dan pustaka
1987


Tempat jatuh lagi dikenang adalah buku tulisan Adibah Amin.
Cara penulisan beliau amat didekat dihati ini. Kisah berkisar mengenai watak Hanim dalam era
50'an sebelum kemerdekaaan Tanah Melayu. Penceritaan tentang watak kanak2 turut diselitakan tentang perjuangan orang melayu menuntut kemerdekaan. namun selitan cerita mengenai makanan dulu, adat2 dulu serta kesusahan mereka pada zaman tersebut hanya boleh diluahkan dalam sesebuah karya jika kita melaluinya sendiri.
Buku ini menambah lagi koleksi penulis kegemaraanku Adibah amin..semoga dapat dibaca lagi karya tulisan beliau yang lain.