Monday, May 26, 2008

Lambaian Makkah

Dua minggu lepas ( 18/5/2008) kami berdua mendaftar dengan tabung Haji sebagai calon untuk menunaikan rukun Islam. Terkejut apabila diberitahu kami berpeluang ke Makkah pada tahun 2021 jika mengikut giliran jemaah Tabung Haji.
kami berharap jika ada rezeki , kami akan mendapat jemputan dari -Nya untuk ke sana lebih awal.
bagi yang belum mendaftar , daftar lah dulu dengan tabung haji, moga dipermudahkan rezeki untuk ke sana.

Korban kasih

Korban kasih merupakan antara novel kegemaranku malah selurh keluarga ku.
semasa cuti sekolah zaman sekolah rendah , ibuku meminjam novel ini dari perpustakaan sekolah kami kerana kebetulan ibuku merupakan guru yang mengajar di sana.
menangis-nangis aku membaca buku ini.

Impian untuk memiliki buku ini tercapai apabila ibu membeli buku ini di pameran buku di dewan berhampiran rumah kami...ia menjadi antara koleksi buku kesayang ku. malangnya buku ini hilang akibat kecuaiku ....puas aku mencari info dari dari internet tp agak susah keran aku lupa siapa mengarangnya...

Namun mungkin kerana rezeki kami dengan izin-Nya adikku berjaya membeli buku ini hasil cetakan kedua. apa lagi siap dua buku lagi aku pesan pada adikku...

nanti ada masa diriku akan ceritakan tentang istimewanya buku ini dan siapa pengarangnya.....

Wednesday, May 14, 2008

Salju Kasih Nya



Dingin dalam jiwaku
Disirami salju kasih Mu
Ku susuri jalan Mu
Walau ranjau berliku

Cinta Mu abadi untukku
Tenang saat merindu
Takaful ku di hadapan Mu
Deraian airmata gugur dalam sujudku
Betapa Agungnya cinta Mu

Gelora silap tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluhur
Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu dengan Mu oh Kasih

Rinduku mencengkam jiwa
Sebak dada tiada tertahan
Hanya pada Mu Tuhan ku serah diri ini
Pohon cinta Mu nan suci hakiki


ini adalah lirik lagu Salju Kasih Nya nyayian Siti Nurhaliza.. mendalam maksudnya
Hayati lah .....

Pekebun Kecil

Suamiku amat berminat dalam berkebun. Penuh keliling rumahku dengan sayuran yang ditanamnya.Kangkung, Ubi kayu, Lada burung, Keladi, daun sup @ saderi, bendi, kacang botol, daun pudina, pandan, limau purut,ulam raja, tene@petola. pokok tene tengah belajar berbuah ..bunganya lebat cuma tak lekat buah tp dah ada dua biji tene tengah besar .kangkung makin subur hingga sukar nak mengawalnya sekarang. pokok ubi kayu benih tuan rumah makin tinggi. setakat nak makan ulam tak yah beli ke kedai.
Ingat nak ambik pohon kesum dari kampung balik tanam di rumah. senang sikit nak masak asam pedas. teringin jugak tanam pokok pisang biar teduh sikit belakang rumah tue...Mok Sah , mak cik ku di kampung cakap kalau nak tanam pisang, tanam pisang julai berangan buahnya sedap tapi kena selalu alih anak-anak benihnya baru menjadi. kalau nak daun pisang yang banyak tanamlah pisang puta. daunya digunakan untuk buat lapik nasik. tapi sayang buah yangnya yang masak tak sdap dimakan kerana banyak biji. tp buah yang belum masak boleh dibuat acar pisang..Tak rugi kita berbudi pada tanah. selain dapat hasil dapat jugak mengeluarkan peluh.

Batu Putih

Akhirnya hari nie selesai penghujahan perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura.
keputusanya kan diperdengarkan pada 23 Mei 2008 nie oleh Mahkamah pengadilan Antarabangsa (ICJ).. agak2 sapa yang lebih bernasik baik....

Happy Birthday Ma

Selamat hari lahir untuk ibuku..Rokiah Md. Din di Gong Kemuntong.
Biasanya bulan Mei kami adik - beradik akan meraikan 3 sambutan penting semuanya berkaitan dengan ibuku. Hari ibu yang jatuh pada 11 Mei, Hari lahir ibuku 14 Mei dan hari guru 16 Mei kerana ibuku seorang guru tapi kini telah pencen...
Happy mother's Day ......